Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

cuti bermanfaat

haha tajuk skema. saya baru pulang dari melaka. penat sampai tahap dah-tak-rasa-kaki-sendiri. tapi best sgt3. siapa nak lawat melaka in detail, saya boleh jd tourist guide ye hehe.. [ape pun, terima kasih kerana menunggu penuh rindu. saya juga sangat rindu.] p/s: aku ckp tu kt kau laa.. memang kau tunggu aku pun kankan? haha..:P [klik ini untuk kau]

mendapat soalan pecah jantung

sabtu. hari cuti semua orang. mari kahwin. ehh salahh mari pergi kenduri kahwin. list kenduri yang begitu panjang berjela tapi kami pergi satu kenduri je - najihah abdul muhaimin. umur 20 tahun. pernah setadika dengan saya. masa kecik dia pernah jatuh kerusi ke apentah sampai darahdarah. tu je saya ingat. tapi saya nak bagitau, maknanya dulu dia lagi nakal dari saya. saya cuma pernah main tampaltampal kertas kecik3 dekat kasut cikgu tadika sampai penuh sebab nak tolong buat hiasan masa tu nak dekat3 hari anugerah gemilang tadika, cakap pasal jamb** masa cikgu tanya soalan bermula huruf 'j' dan borak ramairamai dengan kawan masa tengah sujud solat dhuha kalau taksilap. itu je saya buat. taknakal macam najihah pun. tapi tadi dia kahwin dulu. lagi awal dari saya. ohh syahdu betul lagi3 bila dapat soalan tepek macam nie; NAAAA: kak, bila lagi? saya: senyum je.. NAAAA: akak xmarah ke kak jie (najihah) dah langkah bendul nie? saya: senyum lg manis sambil menahan diri dari membelasah

macam jendol punye nenek

sekarang saya ade sindrom gatal hidung dipagipagi hari. rasanya resdung saya dah kembali. gatal sampai terpaksa garu hidung. pernah? garu, garu, garu.. tenyeh, tenyeh, tenyeh.. pedih. sampai hidung merah, lukaluka. itu pun masih gatal lagi. masih kena garu lagi. garu lagi, garu lagi, lagi garu.. dan ummphh, lega. +++ +++ +++ memang setiap pagi saya akan pasti mendapatkan kejayaan melombong hidung melalui teknik penggaruan. terimakasih. p/s: haa engkau tu takpayah la poyo nak geli. macamla kau takpernah korek hidung, kn. cett.

please la wehh

.gambar rembat kt haji google. tolongla sikitt wehh. orang kate buat tu buatlaa.. jangan jadi degil. saya memang macam ni. kalau taknak saya macam ni, jangan buat saya jadi yang tahu itu haihh.. nasib baik aku suruh pakai sweater je. biar peluh sikitt. kalau aku ade kat situ memang aku balut kau dengan selimut, sarungkan stokin + tampal cool fever. dah, pergi tido! aku risau banyak ni. p/s: sebab aku sayang. ok.

saya takmahu jadi besar.

sebab bila saya jadi besar, saya kena bawak kereta sendiri pergi manamana. takde siapa nak tolong ambilhantar macam princess lagi. takde siapa nak kesian dengan saya kalau saya balik lambat.. tolonglah faham, saya taknak kereta. saya nak kereta dan driver hahah rentetan gambar3 disebalik saya sudah besar. .dinner @ pizza hut, semua ada. .tukang bawak boat @ X-REK, PD. .bersama yang besar tapi belum kahwin lagi. .pakwan and cikmok. .flower girl haha @ kenduri kakyatt. p/s: bukan besar- gemokgedempoltendangmasukgol tu..

pandaipandai

kalau takboleh jadi pandai, takpayah pandaipandai.. nanti jadi macam tupai, sebab sepandaipandai tupai melompat itu ade 'pandaipandai'.. sebab tu tupai jatuh ke tanah. sebab die takpandai tapi nak jadi pandaipandai.. kalau jatuh tu takhempap tanah takpe la jugak. nie bila jatuh kena tanah, kan dah susahsakitkan tanah tu.. kalau tanah sakit nanti tanah taksubur. kesian tanah takboleh jadi tempat tanam pokok. kalau takde pokok macamana manusia nk makan ulamsayuroksigenbla3 tu sume. kesimpulannya, TAKDE KESIMPULAN OTAK AKU TENGAH BENGONG SEBAB TANGAN KANAN AKU MACAM NAK TERTIMBUL MUSCLE YANG ORANG LAWANLAWAN BOXING ADE TU BILE AKU TERLALU MENJADI BURUH GAGAH UNTUK CUTI INI HAHAHAHAHAHAH! --ok taklawak.

tidak adil

aku ke yang mesti kuat? tapi aku je yang asyik kena.. adil ke? kalau.. kalau.. aku kate kalau eh. kalau aku sakit, mati, kau sedih x?? aku nak kau sedih. tak adil lahh asyik aku je yang sedih.. aku tengah menangis sekarang. salah orang lain, orang lain tak kena. aku cuma bela ape yg mampu, aku yang kena. adil ke? ahh bongok betul. Cukuplah... kusimpan semua ceritaku yang dulu Tentangku... tentang apapun yang membuatku tiada berarti Di Persimpangan aku... berdiri membisu harus kuputuskan kemanakah ku melangkah... Reff : Jangan lagi usikku meski aku tak tau kemana lagi aku berlari kejar harapan yang sempat mengelam biarkanlah kuhidup dengan nafas yang baru nafas yang menyimpan kedamaian di persimpangan aku berdiri Cukup Januari kemarin kutinggalkan kelamku... tentangku dan masa lalu yang membuatku tiada berarti [ edcoustic: dipersimpangan aku berdiri ] p/s: doakan kekuatan aku~

sudah pencen

alhamdulillah paper terakhir adalah semalam. perhatian semua, saya sudah pencen belajar yang ini. dan sebagai peminat saya, saya nasihatkan agar kalian terus menyokong saya. tq atas doa kalian hehe..:P p/s: tahniah kepada yang sudah, baru, dan akan berumah&bertangga. kepada yang belum, mari laksanakan rancangan kita yang seterusnya.

xbaik la camni..

salam. wehh aku nak buat luahan hati. AKU RASA, KAU KENA BERUBAH. KITA KENA BERUBAH. sampai bila kita nak hidup macam nie? hipokrit. pentingkan diri. dahla tu weh.. meh aku nak pesan: Dunia bukan kita punya, Qiamat semua orang rasa. Jomla kita samasama bersedia. Jadi baik samasama, Ramairamai apa kata? :D p/s: xpuas hati, kita bincang & luah. terima dengan hati tabah. yang susah Allah permudah. sebab ukhuwah itu indah..:)

akan kembali...

salam. .study sambil sedih. 1. sedang study bersungguhsungguh inshaAllah (*_*) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. (Al- 'Imran: 200) 2. sedang ditinggalkan keliru sendiri. klik ini , untuk kau. p/s: ...kembali bila diseru.

novel terbaru saya.

PROLOG: salam. siapa pun jangan tak tau. ummi saya cakap, "gigi awak paling cantik antara gigi semua anak3 ummi" (hahah ayat diatas telah diedit sebaiknya tanpa mengubah maksud asal. terimakasih) ini adalah kerana gigi saya adalah terjaga rapi oleh saya kerana sejak gigi susu pertama saya dicabut oleh ayah, saya sudah menjadi orang yang sangat rajin mencabut gigi sendiri setiap kali mengalami kegoyangan atau dengan kata lain, setiap kali rasa gigi susu nak tercabut, saya goyangkan sendiri kuat3, saya ambil kain, saya cabut sendiri. maknanya tak susah macam adik5 saya yang lain yang penakut nak cabut gigi susu sendiri sampai gigi kekal nak tumbuh pun tak muat lepas tu jadi lahh mereka gigi-berlapis-taklawa-buruk sangat hahah. ok dah. EPILOG: tapi episod kecantikan gigi saya ibarat berakhir tadi. saya telah ke klinik gigi kerana banyak kali mengalami kebengkakkan gusi dibahagian alexander geraham bell . setelah diperiksa, gigi alexander geraham bell saya rupanya mengalami ke

cry!

''.. Menangislah, kadang manusia terlalu s0mb0ng untuk menangis. Lalu untuk apa air mata telah dicipta. Bukan hanya bahagia yang ada didunia..'' Kau silap besarlah kalau nak kawan dengan aku tapi taknak aku jaga kau macam kawan. P/s: aku marah!

untuk perhatian

salam. Exam saya akan bermula pada 26 okt0ber 2010 dan berakhir pada 14 n0vember 2010. Oleh itu saya mem0h0n d0a daripada anda dan meminta maaf diatas segala salah dan silap saya terhadap anda semua. Sem0ga d0sa saya tidak menjadi hijab pemisah antara diri saya dan kejayaan yang mardhatillah. Ameen. Terimakasih. Saya akan bercuti seminggu belajar bermula pada 15 oktober 2010 sehingga 24 oktober 2010 tetapi mungkin tidak dapat ber-pulang ke halaman kampung kerana dikhuatiri tidak belajar. Kesulitan dikesali. P/s: 28 oktober ade paper jugak. Mmg haram xblk ah wehh.

ade power

.muka aku ade power mmg cmnie kott. I never thought I could feel this power. I never thought that I could feel this free. I'm strong enough to climb the highest tower. And I'm fast enough to run across the sea. And there's just no turning back, When your hearts under attack, Gonna give everything I have, Cause this is my destiny. p/s: ummi, ong rindu..

terimakasih hidup.

''pengalaman hidup saya tidak menarik, tetapi cara saya melalu pengalaman hidup saya sangat menarik- saya akui'' bila dah besar nanti, bila saya dah berjaya, bila orang tanya bagaimana dan apa penyebab kejayaan saya, saya akan jawab bahawa ianya adalah kerana pengalaman hidup saya haha- heyp, ini serius. bkn bmakna sekarang saya masih kecil, cuma saya belum berjaya sepenuhnya untuk membuktikan kemenarikkn pengalaman hidup saya.

duhai pendampingku

salam. Lama xjenguk pendamping saya. Maafkan saya wahai pendamping setia, bertahun kita bsama tapi saya asyik ada masa futur xingat kat kamu. Maafkan saya sangat. Saya sekarang sudah celarubuntu sebab banyak sangat masalah yg ke'timbul'an. Tapi dikesempatan dalam kesempitan ini, saya m0hon maaf kepada yg mbaca atau mengeja blog saya ini, dan juga yg mengenali saya (ayat bajet artis) diatas kesalahsilapan yg telah saya lakukan, sengaja atau tidak. M0ga saya diberi kemaafan. Teristimewa buat ummi, ayah dan adik5 (adik aku ade 5org), ong mntk maaf sesangat. Khusus juga kepada sumayyah muhd shamsuddin, jgn give up!

Jangan berhenti, toma'ninah takpe.

Belajar 5minit, videos 1jam. Assignment 5minit, movies 5jam. Sesungguhnya laptop ini memang membawa kemerbahayaan yang melampau. Tapi saya currently sedang berpegang dengan ayat ditajuk. Jangan berhenti, toma'ninah takpe. (woii nie ayat aku, nak cilok buat footnote la ngek.) Apepun, Selamat ber-Ramadhan. Selamat ber-ROQ. Selamat ber-samasama yang berilmu. .nie haritu aku balik bukak puasa dengan mereka kat restaurant mo'men. klik gambar untuk tumbesaran p/s: memang saje aku bold-kan ayat tu walaupun kena pangkah sebab aku nak bagitaw jugak plagiarism itu salah disisi undang3 jalanraya

Hati tak bersih lagi.

Bismillah. tajuk diatas, apa pendapat? saya sedang merasainya. taknak merasainya, tapi sedang merasainya. pertama dia. orang itu. orang itu dan kumpulannya. kumpulan beragama, kononnya yang istiQamah itu. dia puncanya. punca hati saya takbersih lagi. dia berbicara seolah sedang berbahagia dengan agama tuhannya yang mulia. tapi disebalik bicaranya itu ada baur nafsu yang berleluasa. disebalik bicara agamanya yang pung-pang-pung-pang itu, yang sampai ramai memuji-muji itu, ada lagi jiwa serakahnya. jiwa manusia murah yang umpama tiada iman. teringin saya bersihkan hati saya dari berfikir soal kejelikkan perilaku itu. tapi, how?? kedua saya masih kurang baca quran setiap hari. banyak yang missed dari yang tak-missed saya-kah yang jelek itu? ketiga ramadhan hanya meniti minit. ia hampir. tapi saya, aku, kau, mereka.. masih ramai yang belum-bersedia. "asyik belum je, habis tu bila??" p/s: ummiayah tunggu deda balik okehh..:)

Lahanat yang di Laknat!

Rasulullah s.a.w. pernah menghitung orang-orang yang diLAKNAT di dunia ini dan disambutnya juga oleh Malaikat, diantaranya ialah Lelaki yang memang oleh Allah dijadikan betul-betul Lelaki, tetapi dia menjadikan dirinya sebagai perempuan dan menyerupai perempuan; dan yang kedua, iaitu perempuan yang memang dicipta oleh Allah sebagai perempuan betul-betul, tetapi kemudian dia menjadikan dirinya sebagai Lelaki dan menyerupai orang Lelaki (Hadis Riwayat Thabarani). Justru itu pulalah, maka Rasulullah s.a.w melarang Lelaki memakai pakaian yang dicelup dengan 'ashfar (zat warna berwarna kuning yang biasa dipakai untuk mencelup pakaian-pakaian wanita di zaman itu). Jadi, ape yang tv3 macam haramjadah d0k siarkan berita mintak penyepak simpati untuk maknyah kedauh itu? P/s: Haishh dunia dah taksabar mahu kiamat..

unkebal

bismillah. Saya sedang belajar, dan belajar menghargai. Tidak mahu berada didunia sendiri saja. Tapi harap maklum, saya sedang berhadapan dengan masalah stress sekarang. Jadi diminta kepada anda yang saya perlukan, untuk terus menyokong saya-janganhilangdarisaya dan kepada anda yang saya tidakperlukan, anda hanyalah penentu tahap turun-naik stress saya jadi takperlu tambahkan stress anda untuk dimarahi saya kerana itu akan menambah d0ubletriplekan tahap stress saya lebih daripada anda. Jasa anda sekalian amatlah dihargai. Terimakasih..:) p/s: aku menaip k0n0n3 matang kehape ntah ni. Maaf kalau ade yg tersinggung. Xberniat menyinggung pun..

kemaruk itu apa?

salam. Satu. Bismillah. Alhamdulillah.. Akhirnya sempurna. Sila pastikan anda tidak mengambil hak orang lain ok. Done. Dua. Ida pergi wat assgmt sekarang. Jgn malas! P/S: have a safe trip ye encik..:)

mid-sha'ban

salam. cuma nak berkongsi. Bismillah.. Adalah disunnatkan berpuasa di bulan Sya‘ban sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata: Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya‘ban." (Hadits riwayat Bukhari) dannn... Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara sebagaimana yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata: Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulan Sya‘ban" Baginda bersabda: "Sedemikian itu

sebulan

.saya dah bagi muka kasihan saya, tolong maafkan ya. salam. yaa sudah sebulan di sini. sebulan tanpa pulang. lately nie macam banyak emosi. kenapakah?? bukan dengan kawan je, dengan yang tak kawan pun emosi. sebab tak dapat balikkah?? hehh.. sorry kepada yang dah terkena.. sumpah-tak-sengaja. "ehemm. puasa jom?? :)" p/s: ape kata yang mintak i balik tu, sponsor tambang i. mesti i on punye.. hahah ok i kedekut.

hmmm

1) saya rindu bilik tv. dan isi perutnya. bilik tv dah sangat berubah sekarang. Seandainya kau ada di sini denganku Mungkin ku tak sendiri Bayanganmu yang selalu menemaniku Hiasi malam sepiku Ku ingin bersama dirimu Ku tak akan pernah berpaling darimu Walau kini kau jauh dariku Kan s’lalu ku nanti Karena ku sayang kamu Hati ini selalu memanggil namamu Dengarlah melatiku Kuberjanji hanyalah untukmu cintaku Tak kan pernah ada yang lain Adakah rindu di hatimu Seperti rindu yang ku rasa Sanggupkah ku terus terlena Tanpamu di sisiku Ku kan selalu menantimu 2) saya dihujani assignment gile sampai ramai terasa dengan saya sebab asyik tak contact mereka. (ayat bajet memang hott) فَوَجَدَا عَبْداً مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْم اً Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. 3) saya baru balik swimming

terasa

saya terasa dengan awak. kami terasa dengan awak. kawan dah lama. kenapa masih banyak rahsia?? saya tau ini dari orang lain. saya, kami terasa. awak camne? masih tega berahsia? huhh! p/s I: kita dahlah jauh, dan awak masih berahsia..:( p/s II: ehemm. wahai kamu yang cantik tu, jangan curi saya punya lahh!
currently menggila dengan orang-gila rakan sebaya dalam kelas. wahai ain, charp + zynoe aku dah berpunya rakan sebaya walawehh. ehh tapi bukan lupa korang. ohh btw, aku online kt oldtaste je sobs sedih gile. p/s: semakin sayang alisha nie haa..

far away

ok dah seminggu. satu. dan aku sangat bertabah hati. sedang bertabah hati. masih bertabah hati. [ehh aku manade hati laaa- hati dah jadi batu mengarut!] ana bikhair ehh tibo! dua. aku singgah rumah haninnazurah busuk lantas mendapati beliau tiada dirumah sebab pergi sagil dengan wanibunni haih memang nak kena betul. tapi amarah diatasi bila nampak berokben beliau berkedip3 tanda mintak aku guna untuk online.. *ok aku senyum* Lantas ditemani hamster yang asyik dok suwitt3 aku memang buat aku perasan habis , maka ter-updatelahh belogg ini. yeyeyy! alhamdulillah. takbir, Allahuakbar! [dapat update belogg seronok cam hape kau tengok] tiga. ohh sebelum lupa, aku sangat tension masuk kelas sekarang sebenarnya sebab dah tade kawan. budak3 markas semua dah blah. lari merata3 sampai aku rasa setiap kali masuk kelas pun aku jadi nervous tak tentu hala sehingga selalu kentut diam3 sebagai tanda tak ada kawan sobs. markas pun dah tak ada. derang jadikan DORM wehh gile macam sekolah menengah l

pulang

salam. post untuk bulan julai nie. post sebelum masuk sekolah.. s0bs3 yeyeyy. minta maaf untuk yang tersilap bicara terkasar bahasa tersegalagalanya. sebab kita manusia hina. untuk yang bakal balik+masuk sekolah semula, tapi macam sanggup taksanggup, ingat hadith ini. "siapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, maka akan Allah mudahkan baginya jalan ke syurga" untuk yang aku bakal tinggalkan, selamat jaga diri. untuk penjaga hati jam saya, sila sayang jam itu macam saya sayang kamu heheh. p/s: akan rindu rumah!!

terimakasih

sebab pesan kat saya untuk jadi baik macam yang awak suka..:) terbaca ayatcinta, terkena batang hidung berjerawat mancung. إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَنُ وُدّاً "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasihsayang." QS (Maryam: 96)

cancel lagi

ape nie?? CANCEL LAGI!!! bila nak date nie?? huhh nak pergi merajuk baca quran. وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat . QS (Al-A'raf: 204)

dating

salam. hoii bila kau nak keluar dating ngan aku laa senget?? sepuk kang. p/s: ehh xnak sepuk laa nak sayang muah3.

rindu sangat

Currently and always rindu my serikandi; Khairah Abd Halim and Najwa Nazeerah Nazaruddin . Bila nak balik nie wehh?? "...Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka (isteri) juga mempunyai hak ke atas kamu (suami). Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina..." -antara isi Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w- wallahu'alam. p/s: orang lain pun saya rindu jugak..:D

hasil

.ohh saya rindu macik3 nie boleh kan?. terimakasih Allah. saya sedang bergembira hasil kesabaran (insyaAllah) seronok wehh seronok! وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. QS (Al-baqarah: 155)

PUPUS!

Pertemuan yang kuidam masih belum bersua Perpisahan yang kutakutkan hadir sudah tiada kupinta Harapan pudar mati untuk mencari lagi Bagai lilin yang menerangi lalu padam jua Apalah yang mampu kuberi Agar rasa ingin berkasih hadir dalam diri Tak mampu kumendusta hati ini lagi Cinta yang tersulam tulus kurasakan pupus Hingga ada terluka pada setiap bicaraku Kasih yang mengukir mesra hilang dalam tawa Namun inginku semula merasai nikmatnya Mampukah rayuanku ini Membuatkan ia kembali Setiap kemanisan cinta Tulus dan suci Hadirkanlah sekali lagi cuma Agar bernyawa cinta semula Maafkan aku andai keterlaluan pintaku ini [ klik untuk download lagu ini ] يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu , sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. QS (Al-baqarah: 153) p/s: saya sayang, saya benci, saya sabar. tengah sabar. masih sabar. Allah, tolong sabarkan

Gehh..

Err.. Encik Hemsemm, saya rasa saya tiada kenamengena dengan anda. Sukati anda lahh nak buat apa pun. It's your life, kan? Jya. p/s: annoying = merimaskan/ mengacau.

idaman

.gambar contoh. وَمِن كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah." QS (Ad-Dhariyat: 49)

pergi sekolah?

korang, jomlahh hangout dan bercuti bahagia lagi!!!

takboleh

bukankah tuhan ciptakan malam untuk beradu menanti siang ***** bukankah tuhan titiskan hujan menanti limpah kemarau panjang sudah kau ida. pergi tidur.

jiwa besar

.pantai rantau abang, terengganu. .dhuha di pantai. Daripada kaca mata pengembara Kita adalah berkelana Daripada kaca mata penguasa Kita adalah hambaNya yang lemah Susurilah jalan-jalan kehidupan Bertemankan suria nan indah Renangilah gelora di lautan Dengan kesabaran kelak kau kan tiba Dakilah gunung yang tinggi Untuk mencapai cita-citamu Gapailah bintang yang kerlip Untuk menerangi hatimu yang kecil ini Luas jalan terbentang Menuju kesaksian kebenaran Biarpun ribut melanda Duniakan cerah pabila ia reda Percaya pada dirimu sendiri Kelak kau kan berjaya menggapai impian .anak ibu. salam. sehari dirumah. baru pulang dari rantau abang. indahnya dunia Allah. kali pertama pergi dulu tengok bangunan je. tapi kali ni memang tengok ciptaan Allah betul. pantai cantik gila, penyu comel3 + lincah subhanallah.. memang mase tu nk nyanyi lagu open your eyes maher zain version plus what a wonderful turtles. ok teringat ayat nie.. .koda, haidar, koya, koyatt.

duhai hati, tenanglah

usai qiam. dah berapa malam takboleh tidur lena. runsing jiwa, hati celaru, iman berkocak. ishh.. janganlah sampai iman turun-jatuh-terjelepuk. Allah, tenangkan hatiku. pening kepala nie. pagi nie nak demo.. takot pitam je nanti. hmm, sabarlah.. kan Allah nak uji tu. Allah uji sebab Dia tau kita mampu lahh.. apa yang saya dapat balik setelah hilang, kini telah pudar. ujian lahh tu kan?? mulamula Allah bagi rasa nikmat, lepas tu Allah uji, Allah tarik sekejap. kemudian, yang hilang telah dijumpai. tapi sebab kufur nikmat, xreti menghargai.. sikit3, nikmat nampak pudar, perlahanlahan Allah tarik. ishh.. taktenang sungguh. sebab nikmat dunia itu, saya jadi takkeruan macam nie. وَقَطَّعْنَاهُمْ فِي الأَرْضِ أُمَماً مِّنْهُمُ الصَّالِحُونَ وَمِنْهُمْ دُونَ ذَلِكَ وَبَلَوْنَاهُمْ بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ "Dan Kami bagi-bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang-orang yang saleh dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan Ka

syukur jangan kufur

h.a.m.b.a. kau selalu minta "Ya Allah, kau beri bantuan kepadaku." tapi lepas kau dapat bantuan ade kau ucap terimakasih tuhan?? p/s: saya dapat balik apa yang saya pernah hilang. taktahu kali ini untuk berapa lama. tapi, terimakasih Allah..:)

duniawi betul

adik saya, amin teringin betul nak ayahummi beli rumah banglo yang ade swimming pool. masa survey siap berangan nanti nak swimming harihari kalau dapat rumah tu. ciss betul. maka berkatalah ustazah ketot a.k.a nina, "amin, amin jadi je budak baiksoleh. nanti masuk syurga boleh dapat semua" b.e.t.u.l duniawi ni takpayah fikir sangat. duniawi je.. M.A.R.I J.A.D.I B.A.I.K..:) p/s: charp, takpayah pergi class lagi. duniawi je tu..:b

TAK CUKUP BULAN

1. bermasalah dengan bulan april lantas tiada usaha untuk update blog pada bulan tersebut. ya, memang bermasalah dengan bulan april itu. bukan masalah broadband atau laptop. laptop dan broadband sangat sihat sejahtera saja sentiasa. oleh kerana itulah blog saya tidak cukup bulan sudah. 2. ohh dan harap maklum bahawa hp saya takrepair lagi. jadi memang takboleh tekan nombor tiga. lepas tu memanglah semua huruf DEF pun takboleh jugak. sampai kena type nama sendiri nurshahiba (kau anggap je lahh " d " tu perut terpusing sebab tu jadi " b "). mungkin sebab takcukup bulan jugaklah tu. huhh. p/s: saya hidup bersama hartaharta r0sak. uhh!

dapat yang baru, yang lama kena tinggal

.gambar takde kenamengena dengan post, ade kenamengena dengan wallpaper laptop aku. takperasan ke? tapi memang betul kan? rasa ade sesuatu yang taklengkap? takpayah sibuksibuk nak kunun rasa 'itu'. cume nak bagitahu, yang lama masih ade lagi. guna je bila nak. sebab memang sejak dulu lagi macam tu. p/s: post aku sekarang macam emo. apekah?

kenapa??

kenapa kau takmarah je orang camtu? yang sumpah-tak-tipu menyusahkan hidup kau. siap kau boleh senyumsenyum konon kau tak hurt sikit pun. ohh pandai kau buat muka fake, ida. .nie bukan muka fake, nie muka bz.