Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

hati krisis

Bangun awal, senyum-senyum-nangis. Gila sudah dia ni. Setiap hari rindukan mereka. Tsk. Nah biar gambar menceritakan betapa dia tu rindu. Dia tu yang rindu, aku cuma tlg post je. 1. Charp, Zy, Ain Nampaknya lepas nie dia pegi exam ambil gambar dengan meja-kerusi-dewan-slip exam je la. Tsk.  ...Pergi jalan3 pun sorang3 je. 2. Amel, Rozy  (sekarang dah menjadi Ana) Tak seronok laa dia kena pergi kelas sorang3 tak boleh main ambil3 gambar.   3. Adik3 dia. Hajar, temankan stay up study kt McD bila esok dia ada exam tapi nak tengok bola jugak. ...And ofcourse la budak3 bertuah yang dia sayang amat kat rumah tu. Huwaaaa!!!! Salman dah makin busy kerja, sekarang dah pandai takcontact dia. Nanti nak pergi Mesir pulak. Nina dah nak pergi Mesir hujung tahun nie sambung belajar tinggalkan dia. Dila asyik busy pergi program sana sini dah nak habis coti sekolah nanti dah nak balik asrama.  Amin bulan 1 masuk asrama, jadi budak Ma'ahad Tahf

Dunia Penipu

Kalau kau harapkan yang INDAH3 belaka dikalangan hubungan kekeluargaan/kawan3/kejiranan/kekelasan/kelecture-an yang datang dari dunia, sedarlah kau harapan itu xkan kau capai. Seriously. Finding Heaven in a World is what people say "too good to be true". Tsk. Ye, aku tau kalau dunia berpegang pada Alquran & Assunnah, pasti dunia ini sangat indah. Tapi kerana dunia indah adalah sangat mustahillah, wujudnya syurga yang kau sendiri tahu indahnya diluar batas pemikiran. Indah susunan tuhan, kan? :) .dunia aku untuk 2minggu ini.grrr. p/s: Ini post sempena hari xtidur sekelas beramai buat assignment & final project. Ayark!

sahabat dari syurga

Bismillah.. FUHHHHHHH! *tiup debu. Lama tak update blog. Nampak sgt bz lahh konon kan. ;P Semalam usrah, (yang agak lama jugak tak pergi) Bukan saja3 taknak pergi tapi memang orang katakan dugaan orang mukmin. Aku currently sedang bz menyiapkan assignments dan projects yang tak kurang menduga jugak. Semua pun nak menduga. tsk. Sesuatu yang aku perasan sepanjang dilanda duga nie adalah, aku tak putus3 mendapat sokongan moral dan takmoral kata3 semangat. Walaupun terus terang aku memang yang takbanyak kawan tu, tapi setakat semua kawan3 yang aku ada sekarang majoritinya menyokong aku dari belakangdepankirikanan. Terimakasih sangat. Inikah namanya sahabat dari syurga? Bagi aku walaupun syurga bukan aku yang tentukan, tapi untuk sahabat3 moral aku ini aku doakan syurga buat mereka. Lagi satu, sekarang aku macam dikelilingi sahabat3 yang aku xtau entah datang dari mana akal mereka yang xsabar nak kawin sampai berani3 nak try sebat laki orang. (sebat maksud aku mestilah

The Siput's Story.

Salam. Setakat sebulan++ aku jadi freshie nie, takbanyak yang aku dapat collect: 1. Study ;  Aku slow semacam. Biasalah orang setahun bercuti,  memang nak mula semula pakai gear 0.001. 2. Program ;  Tak kisahlah program kerohanian, kolej, atau persatuan.. Aku sangat berpeluang untuk takpergi entah kenapa. T_T 3. Kawan ;  Aku memang lembab. Macam loser. Haha! Otak melepuh. Ada sesiapa nak tolong saya bergurau sendawa belajar dengan database dan visual basic? takpe, jadi lembab macam siput, perlahan3 sampai jugak.  Bi Iznillah. :) P/s: Kepada pelakon 3GP ;  Sila baling diri masing3 dalam tempat perlupusan sampah sekarang. Dah macam pelacur aku tengok kau. Jejek.

dewasa.

Satu hari kita akan sedar, melakukan kesilapan adalah lumrah perjalanan hidup yang akan mendewasakan kita. So, no worries. Make mistakes, and learn from it. ;) p/s: tapi bukanlahh kau patut buat salah yang sama ulang3 lagi kononnya demi 'kedewasaan' hidup. IKLAN: do click the picture below. tengs. :)

Happy 'Ibadah

Happy Ramadhan Kareem.  May this Ramadhan give us more strength of fighting for heaven's spirit. InshaAllah. :) I'm sorry for all the mistakes I've done before. Xpe kan kalau pergi tarawih naik motor pakai telekung terus? Hihi. :) p/s: Dan ohh jangan lupa beli kek coklat moist harga runtuh sempena Ramadhan. Hihi. ;)

on the way

Allah, ramadhan makin hampir tolong jangan biarkan aku terpinggir Allah, ramadhan sedang melambai membuka jalan mengumpul pahala tolong jangan biarkan aku terbuai dengan asyiknya syurga dunia Allah, ramadhan di depan mata tolong aku bersiap siaga agar aku dekat padaMu agar aku jangan celaru kerana ramadhan ini mungkin terakhir untukku dan untuk dunia p/s: ayuh, pasang niat jadikan ramadhan ini terbaik dari kita! ameen.

penjilat ludah sendiri.

bismillah.  InshaAllah post kali ni biar kau boleh fikir lebih sikit. :) recently news kat TV especially TV3 banyak sumbing, bersimpang siur, atau dipermudahkan bahasa; KARUT. siapa kata Malaysia negara demokrasi? demokrasi celah mana yang mereka maksudkan? aku cerita tiga (3) benda. aku rungkai sikit. sikit je. lebihnya kau cari bukti, rumus sendiri. jangan jadi bengap sangat. 1. pilihanraya: kalau benarlah kata berdemokrasinya Malaysia nie, pasti pilihanraya jadi Adil dan Bersih. pasti takde orang bersuara lantang membicarakan kes undi hantu dan undi lahanat sekalian. dan pastilah demonstrasi BERSIH 2.0 itu hari betul3 salah. tapi sekarang demonstrasi itu demonstrasi rakyat. demonstrasi ada objektif. ada tujuan. sebab Malaysia kau nie bukanlah demokrasi pun. 2. hak rakyat: setakat nak cakap kau dah peruntukkan banyak duit untuk bukak sekolah, bukak universiti, bagi tajaan MARA JPA GilaPANGkat segala.  atau kau nak kata kau dah ada banyak syarikat anak3 kau yang berjay

the ultimate L O S E R

sultan dah setuju.  ada siapa3 nak bantah lagi? refer sini. bytheway, jangan lupa check duit dalam wallet kau ade lagi ke dah xde. jangan nak confident sangat start engine kereta, masuk highway, sampai tol check wallet dah kosong. malu nanti. bukan ape, cuma aku baru buat camtu semalam... ...memang the ultimate loser betul.

darah bergemuruh

salam. sepatutnya 11jun haritu. tapi dah postpone. inshaAllah dalam masa terdekat nie. btw, tiba3 datang semangat nak memBERSIH. untuk yang belum perasan aku nak pesan; ...DATANG BERSIH! p/s: ade orang nk supply tshirt bersih suruh aku jual. RM15 xsilap aku. ade sape3 nak beli? ;P

biar hati kita; kau dan aku, bahagia.

salam. aku kirimkan video ini tanda setuju. cuma aku nk fahamkan betul3, maknanya kalau perempuan dapat maskawin murah kire xpayah buat kerja rumah bajet isteri mithali ke cmne? p/s: tp aku suka dengar ustaz nie ceramoh.

seringgit.

fuhh fuhh penat. salam. tadi kawan saya call, dia jadi guru sekarang ni. kat sebuah sekolah rendah. kawan saya mengadu murid asyik taktumpukan perhatian dalam kelas. lebihlebih lagi yang lelaki. kawan saya sampai menangis taktahu nak buat apa. saya pulak sekarang sedang berbizi menjual cupcakes secara lelong di SRI Hira' Batu Belah. *hihi* harihari hantar adik, amek adik. bila fikir balik. ishh memang meleleh minyak saya. jadi saya kuatkan semangat bancuh bakar cupcakes setiap 3, 4pagi. sambilsambil hantar & amek adik tu, bolehla collect duit poket. ........................................................................................ tapi bukan tu nak cerita sebenarnya. cerita saya adalah tentang tactic. setiap pagi & tengahari saya jual cupcakes . letih woii.. tapi saya enjoy. ;P disamping collect pocket money, saya seronok melayan budakbudak. hilang stress. saya panggil budak dengan suara perlahan sebab saya segan, sambil buat muka malumalu tapi asyik senyum je keko

sorry sikit

dear readers.. sorry aku lama x update blog. sekarang aku busy sikit dengan kerja. sape nak buat part time dengan aku adalah digalakkan. :) cakap banyak malas. tengok sini . p/s: readers aku memang "RAMAI" aku tahu..

lelaki malayu

satu benda aku agak rindu tentang malaysia adalah trennya. kau tahu tren yang ade gerabak wanita tu? haa aku rindu nak halau lelaki yang masuk dalam gebarak wanita tu. aku bukan ape, cuma aku rasa wanita3 yang dalam gerabak tu perlu diselamatkan. aku cukup xsuka tengok stiker warna pink, gambar awek lekat kat pintutingkap gerabak, tapi boleh lagi lelaki3 nie bantai rabun masuk jugak. memang rasa nak sepak. tp scene tadi paling rasa nk sepak pakai kaki. situasi: aku nak halau lelaki indon *agaknyelahh "blah", sambil jari ibu aku tunjuk suruh mamat tu keluar lalu pintu belakang. mamat tu muka sengih3 datang kat aku, rasa lahh jugak macam nak siku. tapi aku sabarkan hati. "kau nak ape? keluar ikut sana. sini gerabak wanita", aku jelaskan dengan sabar3.. dengan muka tesipu3 mamat tu jawab, "sebenarnya dulu mak aku mengandung nak anak perempuan.." dia tengah melawak ke? ada rasa aku patut sua kasut depan muka dia x? p/s: tapi aku betul respek. lelaki malayu aku

dunia aneh

aku tengok sekarang dunia makin aneh. kalau aku lari sanasini, semua masih tak selamat. lebih perit, aku pernah hampir ditembak. lebih aneh, aku pernah merasa memegang pistol. dan berhempaspulas berlari selamatkan diri. senapang penuh peluru depan mataku.. diacukan untuk membunuhku. lantas.. DUMM!!! aku terjaga. ohh, aku mimpi. rasa aneh. "mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia." -nidji, laskar pelangi- tp kalau mimpi macam ni, boleh takluk dunia jugak ke? ohh aku ingat aku dah banyak sangat tido siang nie.. tapi sebenarnya baru tengok cite laskar pelangi HAHAH ketinggalan zaman betul. selamat hari tambah umur untuk adik aku nur sakinah nabilah a.k.a NINAbell, ninabell.. nina membebel. semoga kau cepat kenal dunia.

hari berwarna

salam. harini aku nak kasi ceramah ilmu sikit. kau penah dengar, penah tahu apa itu hari putih? ummi: ehh harini hari putih kn? amin: a'ah harini 15 hb.. mia: mia xpenah tahu pun ade hari putih. yang mia tahu hari rabu kames jumat sabtu ahad isnin selasa jek. hari putih tu apa? 1. Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan (ملحان) r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami supaya ber puasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 di mana baginda bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa” (Riwayat Imam Abu Daud). 2. Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada Abu Zarr r.a.; “Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, maka ber puasa lah pada hari ke 13, 14 dan 15”. (Riwayat Imam at-Tirmizi. Menurut beliau; hadis ini hasan soheh) [Hari-hari tersebut dinamakan sebagai “أيام البيض” (hari-hari putih) kerana pada malam-malamnya bulan mengambang dan cerah.] [ maklumat lanjut ] .ini baby putih bukan hari pu

bahasa malayu

salam all. (chewahh tetibe nk all mcm la rating blog tinggi sangat konon sekali baca sampai 700 orang.) apepun, nak bagitau aku dah sampai malaysia. *BANGGA* aku xde jetlag sangat pun.. cuma language lag je. bukan ape, kt syria aku kalau tibe3 dengar orang cakap bahasa malayu memang aku toleh kagum kepada yangbercakap. kira aku respek laa.. rasa macam wahh gile hebat orang nie pandai cakap malayu -padahal memang orang malayu pun. jadinye sekarang kira aku tengah konflik kedudukan la jugak sebab even dah balik malaysia aku tetap macam sikit3 nak tertoleh3 kalau dengar orang cakap bahasa malayu. paling penting, bahasa malayu aku makin teruk dari duludulu. p/s: aku pun sampai konflik cemana nak eja 'malayu' tu sebenarnya.

made in Syria

salam'aleyk. macam yang aku janji sebelum nie. nie gambar jubah3 terpilih & murah. terhad untuk 25 helai je. lambat, aku tambah caj kargo kapalterbang. ok? jd sila jangan terhegeh3 lagi. cepat bertindak. 1. abaya tawakkal; kod A 01, A 02, A 03, A 04, A 05 ada zip/ butang tengah3 (depan) kod: A 01 warna: hitam kod: A 02 warna: hitam warna corak: pink (leher, tengah, lengan) kod: A 03 warna: hitam warna corak: merah (leher, tengah, lengan) kod: A 04 warna: hitam corak: manik putih (tengah, lengah) kod: A 05 warna: hitam corak: manik putih (leher, tengah, dada kiri, lengan) kod: A 06 warna: hitam corak: hitampinkcoklat (leher, tengah, lengan) kod: A 07 warna: hitam corak: apentah (pinggang kiri) kod: A 08 warna: hijau corak: warna bersekutu (leher, lengan) *warna lain: pink, purple* kod: A 09 warna: hijau corak: xtau nama (warna bersekutu) semua berharga RM90 untuk sehelai . --xtermasuk caj penghantaran. terdapat dalam saiz S, M, L, XL, XXL. sape nak order, deposit RM50 ke; aka

berhenti buat cerita.

satu. salam. alhamdulillah aku sihat kat sini. (walaupun kau xde tanye aku btau je) so far, semuanya ok. daurah aku dah habis. ahad nie amek result. inshaAllah semua ok..:) dua. alhamdulillah jugak, sekarang aku dah jadi model megi sambil pakai kain sebab tiba3 ada org dengki tgk aku jalan3 pakai baju ngan sua xpakai kain macam dia. (aku anggap dia jeles tgk aku jelita sangat. uhh~) aku nasihatkan kau berhenti lahh buat cerita palsu lagi kak oii.. tiga. ohh nie ade gambar aku nak upload, besfren nina kt sini. kuda nie memang cukup suka bersiar3 atas jln raya. da la lawan arus kereta. aku macam nk tembak peluk. tp nina mcm batak. seronok gile hahah!! empat. mia buat kelakar pulak masa chat tadi. aku: mia tgh chat dengan maklang ke? mia: maklang mana? aku: maklang ton la, sengal! mia: x, tgh chat dengan siti zawiyah abd rahman. aku: siti zawiyah tu la maklang!! arghh!!! mia: ooo.. mana la mia tau. mia main chat je.. ohh mia sengal berganda! lima. pengumuman awal, jubah dari syria. sape

siapa salah?

Bila kau tengok perempuan dengan lelaki couple, itu normal. Bila kau tengok, perempuan couple dengan lelaki lepas tu kena marah, pun normal. Bila kau tengok perempuan atau lelaki couple sejenis, itu pun dah jadi normal tapi bila kau tengok couple sejenis nie tak kena marah, tak kena tegur.. aku dah xrasa normal dah weh. Rasa luar biasa betul nihh. Macam mana ni?? Ade sape3 nak jawab? Aku keliru betul nie.

diari

saya minta awak, tolong jaga diri. saya tau awak sensorang kat sana. awak rindu saya. saya pun rindu awak. jadii tolong sangat. jaga diri awak. saya ni kalau boleh nak sangat pegi sana jumpa awak........ . . . . . . . . . . . . . tapi saya jauh. .ini hadiah rindu untuk awak, siti hajar mokri . p/s: skrg dah lewat malam. saya ngantuk3. garu3 mata terlanggar bulu mata- keras. ohh saya dah pandai pakai mascara..:)

berkereta

salam'aleyk. huhh penat. jalan kaki. nampak bas, naik. lame sikit, turun. jalan lagi. tahan bas, naik. cakap nak benti, turun. hari3 pun macam tu. letih la.. bukan ape.. macam rindu nak naik kereta... kancil ke, wira ke, almyvi ke.. atau mana3 kereta.. ...macam nie. OHH TAPI SEKARANG MASA NAK KENA PEGI SEKOLAH RUPANYA. DAH BABAI.

berwajah bulat

salam. (bg salam tiba3 teringat lagu din-din-aladin-naik-motor-xde-lesen-sambungsendiri..) ok stop. kali ni aku nk kisahkan lagi tentang hidup aku kat sini. (lagi3 kisah hidup. bosannn..) nk baca, sila. xnak, sudah. aku sekarang kira dah boleh tahan tere la cakap arab stakat kt pasar nak beli laukpauk buat masak balik nanti. tapi aku sungguh xfaham. aku beriya pungpangpungpang cakap arab fushah-ammi semua aku gaul, sekali dapat pujian.. "ohh orang cina pandai berbahasa arab. kamu bagus." apakah wehh?? aku melayu la.. setakat mix sikit3, ishh memanglahh.. tapi cakap macam nie, aku beranglah jugak. hadehhh... sekarang aku nekad, bila pergi manamana, cakap arab je aku nak bulatkan mata macam nie. biar nampak melayu. setuju?

beremosi

.pergi sekolah. mesti mesti kuat! Allah, aku tak gagahtabah ni. Tibatiba rasa macam3 sedih. Aku mohon, Kau hembuskanlah semangat untuk aku gagahtabah. Aku perlu jadi yang gagahtabah itu. ehemm, esok ade ujian kat jami'ah. ujian kacang3 je.. tapi doakan la ye. :) p/s: saja bagitau nama post 'beremosi' sebab saya memang yang ada perasaan itu.

kita adalah kita

1. cerita KITA. aku, kau & mereka. .kita mesti kuat. mesti mesti ku at. 2. cerita beli belah. bismillah.. kau pernah pergi satu tempat asing, lepastu ada orang asing mintak kau cium. apa perasaan kau? tadi aku pergi beli حلويات (manisan) untuk aku supaya aku jadi lebih manis bawak balik rumah. aku request nk plastik. malas aku nak pegang3, nanti ranap manisan aku. lepas beli, aku jalan lagi. singgah kedai topup. blablabla sume, then aku dapat topup. elok je aku nak keluar kedai, pacik kedai tu cakap. "kiss??". aku pun bangga toleh belakang angkat tangan kanan buat penumbuk pelindung diri bajet gagah. pakcik kedai tanya, "apehal kau nie?" aku jawab gagah, "kau tu yang kenapa?" ..................................... "tibatiba mintak aku kiss", sambung aku dalam hati. penumbuk aku genggam masih nampak gagah. pakcik buat muka pelik... "ini haa, kiss (plastik) kau", pakcik tu menghulur............................. -cerita ini telah dial

perihal orang turki

salam. sebelum apa3 aku mintak maaf siap3 la kalau ade orang turki yang boleh baca ini. aku bukan nk mengutuk, cuma ini yang aku lalui. lokasi: جامعة أبو نور situasi: introduction to food's name in arabic language (???) okeh, dalam kelas. sebelah aku budak turki. budak 13 tahun. aisyah. slow pick-up sikit. biasalah budak kecik. most of the subject aku kne reexplain balik. ahh tapi tak kisah pun, sebab aku kan memang baik suka mengajar..:P cikgu: kau tahu ape itu udang?? lantas budak3 melayu semua kata tahu. cikgu: kau pernah makan udang, wahai budak melayu? lantas semua budak melayu angguk3 bangga. termasuk aku. tp aku takde la bangga sangat. biasabiasa je.. lepas dari tu aisyah tanya aku, aisyah: ape itu udang? aku: blablabla, itu-ini, gedebak gedebuk.. (sambil lukis3 dan buat gaya udang). kau faham? aku tanya dia. nak pastikan dia faham. aisyah: (aisyah angguk. sambil lukis gambar mata kail, hujungnya ada udang.. kott) kau makan udang nie?? muka aisyah pelik. aku angguk bang

mari berjimat

.aihh ni org3 aku rindu sgt nie. salam. ini post promotion untuk pelancongan. jom. mari. dtg ke syria.. anda boleh jimat sehingga 30% duit gaji anda tidak diusik (kalau kau ade gaji laa). ini adalah kerana; 1. setiap hari anda dapat makan free merata3. cuma buat muka kesian dan anda akan diberi makan. tapi roti pun sebenarnye cuma 45 lera dah boleh dapat sekilo. 2. peruntukan untuk penggunaan transport sekitar dimashq cuma 10 lera untuk pergi dan balik. 3. penggunaan jam loceng atau alarm clock adalah sama sekali tidak diperlukan. anda boleh bangun dengan mendengar bunyi horn kenderaan yg berkeliaran diluar. 4. anda juga boleh belajar bercakap bahasa arab dengan mudah kerana kebanyakan peniaga adalah guru bahasa arab. الكلمة الإنكليزية محظورة 5. penggunaan aircond yg mahal adalah sangat tidak perlu. 6. air untuk minum disediakan free meratarata. 7. sebelum sampai syria boleh lepak bahrain + jordan dulu. 8. dan lainlain datang sendiri kalau nak tau.. sekian laporan dari saya. rm 1 = 15

S.H.L

salam. currently at dimasyq, syria. sumpah xsempat update. tahniah wahai eid-milad, kau berjaya jadi post january aku yang pertama. terimakasih ummi, aku kini 22tahun. tua woii!! terimakasih untuk kau yang wish bday aku. sumpah rindu haihh. p/s I: aku baru habis kelas pertama. masih xtere lagi cakap arab. sabarlah yee...:P p/s II: sini br lepas isyak, skrg 6.30 tp dah gelap. aku xsempat upload gambar lagi. later kayhh..:)