Skip to main content

mid-sha'ban

salam.
cuma nak berkongsi.

Bismillah..

Adalah disunnatkan berpuasa di bulan Sya‘ban sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata:

Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya‘ban."

(Hadits riwayat Bukhari)

dannn...

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara sebagaimana yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata:

Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulan Sya‘ban" Baginda bersabda: "Sedemikian itu kerana bulan Sya‘ban, bulan yang manusia lalai (kerana terletak) di antara bulan Rajab dan bulan Ramadan, dan Ia adalah bulan dimana diangkat padanya amalan-amalan manusia kepada Allah Rabbul ‘Alamin, maka aku suka supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam keadaan berpuasa."

(Hadits riwayat An-Nasa’i)

1. amalan membaca yasin 3 kali untuk menyambut malam nisfu sha'ban adalah bid'ah. kerana tiada terdapat mana3 riwayat, hadith, apetah lagi ayat quran [nas] yang mengatakan ke-sunnat-annya. ia dilabelkan bid'ah bukan pada bacaan yasin itu, tetapi pada penceritaan yang mengaitkan nabi sedangkan ianya tidak samasekali. ianya adalah semata3 adat melayu.

2. fadhilat mid sha'ban tiada dalam dasar islam. malam yang diagungkan itu hanyalah lailatul-qadar sahaja.

3. berpuasa sunnat selepas mid-sha'ban adalah diharuskan kerana larangan berpuasa sunnat selepas mid-sha'ban itu adalah terdapat dari hadith dha'if.

*mid-sha'ban= 15 sha'ban.*

p/s: ini bukan cerita dongeng. ini betul3 punya. sumber berdasarkan islam Online, kitab Qardhawi: Fatawa Mu'asirat, Lujnah Daimah Arab Saudi, Lujnah Fatwa Al-Azhar, FiQh Sunnah, Ustaz Basri Ibrahim, majoriti mujtahid hari ini: Sayyid SabiQ, Prof Mutawalli Sya'rawi, Dr Abdul Karim Zaidan, dan Prof TM Hasbi AsSiddiqui. Wallahu'alam.

p/s II: i'm currently listening to maherzain- barakallah. ohh apekah??

Comments

Popular posts from this blog

DEMI CINTA SUCI

.seketul aku. .dressing macam princess, kerja bagai sahaya. Hi. Ada yang rindu aku ke. Aku baru habis kenduri kahwin adik ipar. Adik suami aku. Depa tak suka aku pun. Ada yang layan macam musuh ketat. Tapi aku sinsing lengan tolong juga sebab nak jaga hati parents in law. Parents in law baik je so takkanlah aku nak bersikap laknat terhadap depa kan. 😎 - Yang layan keluarga sendiri macam musuh ni kau ingat hidup dia aman ke sehari hari? Huru hara sebab sakitkan hati mak dia sendiri tengok anak menantu bermusuh. Aku tau la sebab tu aku tak buat gitu dekat adik ipar yang masuk family aku. - Lagipun, hell no janganlah sangka dia hidup tenang sampai akhir zaman. Sampai masa nanti dia akan kahwin masuk family orang lain. Masatu merangkaklah engkau nak belajar bagaimana nak turun ego depan keluarga suami. - Kalau dia tak kahwin sampai bebila camna? Ha maka begitulah kesudahan hidup orang sombong. Siapa nak? Wah iklan. - Apa kena mengena dengan tajuk? Kena mengena la ...

anaksulung

.ayah ummi saya mmuah3. bila check3 balik, ida xdelah teruk sangat. banyak je baiknye. (pomot dir) ummi baru lepas call, me metafora kan ummi dan ida. ummi anak number 4, but i'm the eldest daughter. ummi kata kesian ida, xdapat macam ummi dapat. tapi memang.. tengok nina + dila pun dahh tau. even salman, amin dengan mia punye manja pun ida dapat kesan. salman tu: mana boleh kne ejek, kne pukul, mesti air mata nak kuar. ciwek semacam. teringat mase kat skolah dlu, ida kje gaduh dengan budak laki je.. semata3 nak backup adik. jaguh betul. kat rumah, dari kecik sampai besar.. bila ayah nak main lawan3 dengan salman, mesti ida kne ade. nak jaga die. nina + dila pulak: macam kembar. macam mana nina dapat, macam tulah dila akan dapat. pergi-balik sekolah mesti berkenderaankan kereta. bas xboleh. manja kan?? ida xdapat pun camtu. main campak buang je. lagi jauh, lagi pandai3.. isk3.. (syahdu betul) amin + mia : pantang ida balik, mesti dapat 'sesuatu' macamlah ida ni cop coklat...

ehem3...

dari yg berjiwa sgt tulus memperkenalkan... 'AQILAH BINTI ZAINI. hahah!dgn xdisangka3.. ida dah pun jadik anak sulung daripada 8 beradik. pergh.. hebat3. ida sgt tabah.(ape asek cite psl aku je nie??melampau btl..) okeyh.. bayi comel nie lahir pada 3july09 yg lalu pukul 1 pagi. actually bayi nie da over due dah duk dlm perut ibunya..(dasat btl) tp mmg ayah kate anak3 ayah sume salu jek over due.(patutlah kami sgt senget perangai..) .nyenyak tidur di pangku mama. 4july lepas, sblm ayah, ummi dan adik3 hntr ida pulang ke kampus, teringat kata ummi saat kami tiba3 di bawa ke hospital sg buloh: "saje nk ziarah orang sakit..." ida dan adik3 kaget na'uzubillah. pelik xdisangke3.. ummi siap dukung, peluk, cium baby.. dlm kete on the way ke johor, siap puji3..."baby girl..comel sgt!" dan hasilnye.. .tersenyum di pangku ummi. ummi ke rumah mama pada 5july.. subhanallah..(mmg xterhinggalah pujian ntuk Allah tentunye) yang mengatur segala perjalanan hidup hambaNya ...