Skip to main content

mendapat soalan pecah jantung

sabtu. hari cuti semua orang.
mari kahwin. ehh salahh mari pergi kenduri kahwin.
list kenduri yang begitu panjang berjela tapi kami pergi satu kenduri je - najihah abdul muhaimin.
umur 20 tahun. pernah setadika dengan saya. masa kecik dia pernah jatuh kerusi ke apentah sampai darahdarah. tu je saya ingat. tapi saya nak bagitau, maknanya dulu dia lagi nakal dari saya. saya cuma pernah main tampaltampal kertas kecik3 dekat kasut cikgu tadika sampai penuh sebab nak tolong buat hiasan masa tu nak dekat3 hari anugerah gemilang tadika, cakap pasal jamb** masa cikgu tanya soalan bermula huruf 'j' dan borak ramairamai dengan kawan masa tengah sujud solat dhuha kalau taksilap. itu je saya buat. taknakal macam najihah pun. tapi tadi dia kahwin dulu. lagi awal dari saya. ohh syahdu betul lagi3 bila dapat soalan tepek macam nie;
NAAAA: kak, bila lagi?
saya: senyum je..
NAAAA: akak xmarah ke kak jie (najihah) dah langkah bendul nie?
saya: senyum lg manis sambil menahan diri dari membelasah si tukang tanya.

sebelum pulang, sempat saya meminta jasabaik sapentah saya pun tak ingat untuk mengambilkan gambar saya, mia, kak asiyah, kak fatimah dan beliau yang bernama pengantin itu. hasilnya sangat kejam dan syahdu saya tengok sebab entah kenapa tangan orang yang mengcaptured gambar kami adalah sangat parkinson sehingga menjadikan gambar kami begitu takberapa sedap mata memandang.

see?? ohh kenapa tukang ambil gambar nie macam taktahu kira 1, 2, 3 lepas tu tunggu saya cantik dulu baru klik ambil gambar?? ini tidak. masa saya sedang berwajah seperti singa mahu minta nasi tambah jugak yang beliau nak ambil haihhh.. arghh saya stress. sikitt. tapi untungnya gambar goyang3 macam naik jambatan gantung kat bukit cerakah nie, saya takpayahla susahpayah nak edit3 lagi muka saya biar cantik sebab edit macam mana pun tetap takpernah cantik hahah! ok terimakasih bytheway tahirah..:)

dan sebelum terlupa, saya nak beritahu, kisah nakal najihah semasa kecil adalah sekadar semasa kecil dan bukan dibawabawa sehingga dewasa. beliau adalah yang cepat matang dan sangat solehahlembutbaiksopan saat menjejaki alam remaja. jadi memang layakla bendul saya kena langkah pun sebab saya sampai sekarang pun belum sopan lagi.
HAHAHAH!!-- yang ini gelak pasrah sumpahtaktipu.

p/s: nina, kau suruh nadhirah anis baca entry orang nie. suruh dia minta maaf. kuasam betul.

p/s II: hoii kawan3 tadika, korang bile nak kahwin? lame aku tunggu nie..

Comments

Marya.S said…
senyumn yng pelik but stil nice.. :P
Keyha said…
HAHAHA!! anda sungguh notty!
Anonymous said…
Adik kau pun atu bile nk senyum lawa. Haha
cahayalembut said…
salam Nur,
yang walimah tu anak umi ina ye?
-sha- said…
k.marya: haha tq~

keyha azkiya: ohh biasalah. belajar dr anda.

Amel: adik aku dah mmg sedia lawa. cm kakaknya.. haha.

cahayalembut: i think so.. the way adik ana cerita, mcm iye je haha ntah.
cahayalembut said…
huhu, nti ni... baru je nak semangat.hee

eh, tak jumpa umi ina ye kat walimah tu? sebab ana ada tengok gambar yang adik ana tangkap. macam umi ina je yg duk sebelah pengantin lelaki, tapi tak jelas sangat gambarnya.huhu

Popular posts from this blog

Aman

Sejak awal january 2018 aku jual tudung ni. Instant soft denim. Alhamdulillah pakai fbads bolehla laku min 15 helai setiap hari. - Aku fikir camna aku nak increase sale lagi tapi dalam masa sama masih dapat luang masa lebih untuk keluarga. - Off data? Mustahil. Camna customer nak reach aku kalau aku off data. Buat jadual? Sama juga. Ada anak kecik kalau kau jadual camna pun akhirnya masa kau akan terdrag tanpa sedar sebab jadual masa makan belum tentu anak nak makan. Kang kau mula spirit nak buat kerja masa tu dia mintak makan. Masa dia membuang pun bukan boleh estimate tepat. Kadang betul lepas makan dia dah berak. Kalau x, 2 3 jam kemudian. Habis apa guna jadual engkau? Haha. - So lepas sebulan lebih aku figure sesuatu. Know what, aku deactivate fb dan ig. Surprisingly yes that was my biggest time dragger.  - Dah seminggu aku tak tgk ig dan fb. Memula rasa awkward. Macam kosong. Macam kau nak buat apa eh dengan phone kau masa takda customer text. Eh buat apa ...

ice blended satu!

dari yg berjiwa sgt tulus perhatian. ice blended KAK SHIDA akan mula dijual selepas wktu persekolahan. yg berminat blh order dan tgglkn duit terdapat 3 perisa. OREN , SARSI dan COKLAT. satu--> ida: ye dik, nk ape? budak: sy nk beli ice blended. ida: !@#$%^&*! dua--> budak: kak, ice blended milo satu. ida: (tanpa ragu3) siap. budak: eh, kak. milo boikot la. ida: diamla (ko yg mintak milo. aku jual coklat) tiga--> budak: makcik , sy nk beli ice blended oren ida: huh! (buta ke budak nie??) empat--> budak: kak, sy nk ice blended sarsi ida: sori. ice blended da habis budak: nape habes kak? sy haus.. (dgn muke simpati) ida: perisa sume sold out.ade ice je.nk? budak: haa.. blh3. letak kordial anggur skali. ida: mane ade!!! (smbil agkt tgn nk bg penyepak) lima--> cikgu: shahida, kt sini xleh meniaga. kami guru3 pn xdpt meniaga. ida: xpe, sy bukan guru dahla.. naseb skrg da cuti sekolah. ice blended pn cuti la ye.. lega betul. p/s: syukur betul ice blended aku laku. nk beli k...

Hati tak bersih lagi.

Bismillah. tajuk diatas, apa pendapat? saya sedang merasainya. taknak merasainya, tapi sedang merasainya. pertama dia. orang itu. orang itu dan kumpulannya. kumpulan beragama, kononnya yang istiQamah itu. dia puncanya. punca hati saya takbersih lagi. dia berbicara seolah sedang berbahagia dengan agama tuhannya yang mulia. tapi disebalik bicaranya itu ada baur nafsu yang berleluasa. disebalik bicara agamanya yang pung-pang-pung-pang itu, yang sampai ramai memuji-muji itu, ada lagi jiwa serakahnya. jiwa manusia murah yang umpama tiada iman. teringin saya bersihkan hati saya dari berfikir soal kejelikkan perilaku itu. tapi, how?? kedua saya masih kurang baca quran setiap hari. banyak yang missed dari yang tak-missed saya-kah yang jelek itu? ketiga ramadhan hanya meniti minit. ia hampir. tapi saya, aku, kau, mereka.. masih ramai yang belum-bersedia. "asyik belum je, habis tu bila??" p/s: ummiayah tunggu deda balik okehh..:)