Skip to main content

Pergaduhan Perempuan

Minggu Exam.


Aku masih ada masa lari-lari balik rumah *well anak mithali lahh katakan.
Sekarang semua adik dah ketempat belajar masing-masing. (ayat skema jaga hati)
Mia baru masuk darjah 5. Mia yang last. Tinggal Mia je yang masih belum keluar dari kepompom penjagaan Ummi Ayah. Disebabkan itu, aku mesti selalu balik rumah rajin-rajin. Mana boleh biar Mia manja sorang! 

Ok dah, cukup pasal Mia. Ini aku nak cerita pasal Pergaduhan Perempuan. Sila ambil serius.



Malam kelmarin aku stay kat rumah, dengan niat nak bermanja meramaikan ahli rumah. Jadi kerana rasa lapar mendatang diwaktu malam, aku ajak Mia keluar pergi belibelah cari sesuap nasi makanan.

Selesai beli makanan, aku ke 7e terdekat dengan untuk kedamaian perut esok pagi (breakfast).
Masuk je dalam premis tu, aku rasa ada panas berhabang sikit dalam tu. Orang beratur panjang nak bayar kat kaunter. Tapi aku tenang je pergi amek roti dengan tuna spicy kesayangan feveret.

Sampai turn aku beratur, depan aku ada sorang akak sekitar awal 30an. Aku senyum manis-manis je bila dia pandang kat aku. --Dah, jangan rasa hina sangat. Aku senyum biasa je bukan senyum manis pun sebenarnya haha. Ok taklawak.

Sambung cerita balik..
Depan akak tu ada sorang brader nak beli rokok. So cashier bertugas pun tengah menggelabah cari rokok yang brader tu nak beli. Ini keadaan yang aku dapat konklusikan kenapa cashier tu menggelabah. 
1, sebab dia sorang-sorang je cashier waktu tu yang lain entah kemana.
2, customer dah ramai beratur. Belakang aku ada lagi 3, 4 orang. 7e bukan besar sangat boleh beratur panjang-panjang macam dalam Giant.
3, sebab dia pun tak tahu kat mana letak stok rokok yang brader tu nak beli.
4, sebab akak depan aku dah buat muka.
5, sebab muka aku bacin manis sekali.
6, sebab orang belakang aku dah tarik muka jugak.
7, sebab orang belakang-belakang tu pun dah tarik muka.
8, aku saja tambah sebab banyak-banyak biar efek gelabah tu sampai dalam penceritaan ni.

Sampai turn akak depan aku nak bayar, berikut adalah lebih-kurang perbualannya. 
"Semua sekali RM5"
"Nah RM10"
"Takde duit kecik ke?"
"Takde"
Cashier tu curi-curiselambe jenguk dalam wallet akak tu.
Dengan marah akak tu sound budak cashier sebelum blah, "Hey jangan biadab lah"



Lepas tragedi Pergaduhan Perempuan tu, ini kesimpulan aku dapat buat tentang perempuan;
1, Jangan panggil perempuan 'akak/makcik' dengan sesuka hati. Kalau kau taktau nak panggil apa lebih baik kau ganti nama dengan 'cik', itu lebih memuaskan rasanya. 
2, Tolong hormat perempuan gemuk. Sebab dia 2x ganda lebih sensitif tentang panggilan yang buatkan dia rasa tua.
3, Jangan selambe je ushar wallet orang bukan kepunyaan kau. Memang mintak maki namanya tu.
4, Perempuan memang sensitif. Hati-hati dalam percakapan kau.
5, Perempuan nak exam selalu dah prepare awal. Aku dah prepare awal, sebab tu dah boleh update blog walaupun esok ada exam. *Sigh. 





p/s: Ok, dah boleh mula belajar. :D

Comments

hahahahah.

pegi belajar, syuh!

Popular posts from this blog

ice blended satu!

dari yg berjiwa sgt tulus perhatian. ice blended KAK SHIDA akan mula dijual selepas wktu persekolahan. yg berminat blh order dan tgglkn duit terdapat 3 perisa. OREN , SARSI dan COKLAT. satu--> ida: ye dik, nk ape? budak: sy nk beli ice blended. ida: !@#$%^&*! dua--> budak: kak, ice blended milo satu. ida: (tanpa ragu3) siap. budak: eh, kak. milo boikot la. ida: diamla (ko yg mintak milo. aku jual coklat) tiga--> budak: makcik , sy nk beli ice blended oren ida: huh! (buta ke budak nie??) empat--> budak: kak, sy nk ice blended sarsi ida: sori. ice blended da habis budak: nape habes kak? sy haus.. (dgn muke simpati) ida: perisa sume sold out.ade ice je.nk? budak: haa.. blh3. letak kordial anggur skali. ida: mane ade!!! (smbil agkt tgn nk bg penyepak) lima--> cikgu: shahida, kt sini xleh meniaga. kami guru3 pn xdpt meniaga. ida: xpe, sy bukan guru dahla.. naseb skrg da cuti sekolah. ice blended pn cuti la ye.. lega betul. p/s: syukur betul ice blended aku laku. nk beli k...

Hati tak bersih lagi.

Bismillah. tajuk diatas, apa pendapat? saya sedang merasainya. taknak merasainya, tapi sedang merasainya. pertama dia. orang itu. orang itu dan kumpulannya. kumpulan beragama, kononnya yang istiQamah itu. dia puncanya. punca hati saya takbersih lagi. dia berbicara seolah sedang berbahagia dengan agama tuhannya yang mulia. tapi disebalik bicaranya itu ada baur nafsu yang berleluasa. disebalik bicara agamanya yang pung-pang-pung-pang itu, yang sampai ramai memuji-muji itu, ada lagi jiwa serakahnya. jiwa manusia murah yang umpama tiada iman. teringin saya bersihkan hati saya dari berfikir soal kejelikkan perilaku itu. tapi, how?? kedua saya masih kurang baca quran setiap hari. banyak yang missed dari yang tak-missed saya-kah yang jelek itu? ketiga ramadhan hanya meniti minit. ia hampir. tapi saya, aku, kau, mereka.. masih ramai yang belum-bersedia. "asyik belum je, habis tu bila??" p/s: ummiayah tunggu deda balik okehh..:)

ehem3...

dari yg berjiwa sgt tulus memperkenalkan... 'AQILAH BINTI ZAINI. hahah!dgn xdisangka3.. ida dah pun jadik anak sulung daripada 8 beradik. pergh.. hebat3. ida sgt tabah.(ape asek cite psl aku je nie??melampau btl..) okeyh.. bayi comel nie lahir pada 3july09 yg lalu pukul 1 pagi. actually bayi nie da over due dah duk dlm perut ibunya..(dasat btl) tp mmg ayah kate anak3 ayah sume salu jek over due.(patutlah kami sgt senget perangai..) .nyenyak tidur di pangku mama. 4july lepas, sblm ayah, ummi dan adik3 hntr ida pulang ke kampus, teringat kata ummi saat kami tiba3 di bawa ke hospital sg buloh: "saje nk ziarah orang sakit..." ida dan adik3 kaget na'uzubillah. pelik xdisangke3.. ummi siap dukung, peluk, cium baby.. dlm kete on the way ke johor, siap puji3..."baby girl..comel sgt!" dan hasilnye.. .tersenyum di pangku ummi. ummi ke rumah mama pada 5july.. subhanallah..(mmg xterhinggalah pujian ntuk Allah tentunye) yang mengatur segala perjalanan hidup hambaNya ...