Skip to main content

Pergaduhan Perempuan

Minggu Exam.


Aku masih ada masa lari-lari balik rumah *well anak mithali lahh katakan.
Sekarang semua adik dah ketempat belajar masing-masing. (ayat skema jaga hati)
Mia baru masuk darjah 5. Mia yang last. Tinggal Mia je yang masih belum keluar dari kepompom penjagaan Ummi Ayah. Disebabkan itu, aku mesti selalu balik rumah rajin-rajin. Mana boleh biar Mia manja sorang! 

Ok dah, cukup pasal Mia. Ini aku nak cerita pasal Pergaduhan Perempuan. Sila ambil serius.



Malam kelmarin aku stay kat rumah, dengan niat nak bermanja meramaikan ahli rumah. Jadi kerana rasa lapar mendatang diwaktu malam, aku ajak Mia keluar pergi belibelah cari sesuap nasi makanan.

Selesai beli makanan, aku ke 7e terdekat dengan untuk kedamaian perut esok pagi (breakfast).
Masuk je dalam premis tu, aku rasa ada panas berhabang sikit dalam tu. Orang beratur panjang nak bayar kat kaunter. Tapi aku tenang je pergi amek roti dengan tuna spicy kesayangan feveret.

Sampai turn aku beratur, depan aku ada sorang akak sekitar awal 30an. Aku senyum manis-manis je bila dia pandang kat aku. --Dah, jangan rasa hina sangat. Aku senyum biasa je bukan senyum manis pun sebenarnya haha. Ok taklawak.

Sambung cerita balik..
Depan akak tu ada sorang brader nak beli rokok. So cashier bertugas pun tengah menggelabah cari rokok yang brader tu nak beli. Ini keadaan yang aku dapat konklusikan kenapa cashier tu menggelabah. 
1, sebab dia sorang-sorang je cashier waktu tu yang lain entah kemana.
2, customer dah ramai beratur. Belakang aku ada lagi 3, 4 orang. 7e bukan besar sangat boleh beratur panjang-panjang macam dalam Giant.
3, sebab dia pun tak tahu kat mana letak stok rokok yang brader tu nak beli.
4, sebab akak depan aku dah buat muka.
5, sebab muka aku bacin manis sekali.
6, sebab orang belakang aku dah tarik muka jugak.
7, sebab orang belakang-belakang tu pun dah tarik muka.
8, aku saja tambah sebab banyak-banyak biar efek gelabah tu sampai dalam penceritaan ni.

Sampai turn akak depan aku nak bayar, berikut adalah lebih-kurang perbualannya. 
"Semua sekali RM5"
"Nah RM10"
"Takde duit kecik ke?"
"Takde"
Cashier tu curi-curiselambe jenguk dalam wallet akak tu.
Dengan marah akak tu sound budak cashier sebelum blah, "Hey jangan biadab lah"



Lepas tragedi Pergaduhan Perempuan tu, ini kesimpulan aku dapat buat tentang perempuan;
1, Jangan panggil perempuan 'akak/makcik' dengan sesuka hati. Kalau kau taktau nak panggil apa lebih baik kau ganti nama dengan 'cik', itu lebih memuaskan rasanya. 
2, Tolong hormat perempuan gemuk. Sebab dia 2x ganda lebih sensitif tentang panggilan yang buatkan dia rasa tua.
3, Jangan selambe je ushar wallet orang bukan kepunyaan kau. Memang mintak maki namanya tu.
4, Perempuan memang sensitif. Hati-hati dalam percakapan kau.
5, Perempuan nak exam selalu dah prepare awal. Aku dah prepare awal, sebab tu dah boleh update blog walaupun esok ada exam. *Sigh. 





p/s: Ok, dah boleh mula belajar. :D

Comments

hahahahah.

pegi belajar, syuh!

Popular posts from this blog

Aman

Sejak awal january 2018 aku jual tudung ni. Instant soft denim. Alhamdulillah pakai fbads bolehla laku min 15 helai setiap hari. - Aku fikir camna aku nak increase sale lagi tapi dalam masa sama masih dapat luang masa lebih untuk keluarga. - Off data? Mustahil. Camna customer nak reach aku kalau aku off data. Buat jadual? Sama juga. Ada anak kecik kalau kau jadual camna pun akhirnya masa kau akan terdrag tanpa sedar sebab jadual masa makan belum tentu anak nak makan. Kang kau mula spirit nak buat kerja masa tu dia mintak makan. Masa dia membuang pun bukan boleh estimate tepat. Kadang betul lepas makan dia dah berak. Kalau x, 2 3 jam kemudian. Habis apa guna jadual engkau? Haha. - So lepas sebulan lebih aku figure sesuatu. Know what, aku deactivate fb dan ig. Surprisingly yes that was my biggest time dragger.  - Dah seminggu aku tak tgk ig dan fb. Memula rasa awkward. Macam kosong. Macam kau nak buat apa eh dengan phone kau masa takda customer text. Eh buat apa ...

berhenti buat cerita.

satu. salam. alhamdulillah aku sihat kat sini. (walaupun kau xde tanye aku btau je) so far, semuanya ok. daurah aku dah habis. ahad nie amek result. inshaAllah semua ok..:) dua. alhamdulillah jugak, sekarang aku dah jadi model megi sambil pakai kain sebab tiba3 ada org dengki tgk aku jalan3 pakai baju ngan sua xpakai kain macam dia. (aku anggap dia jeles tgk aku jelita sangat. uhh~) aku nasihatkan kau berhenti lahh buat cerita palsu lagi kak oii.. tiga. ohh nie ade gambar aku nak upload, besfren nina kt sini. kuda nie memang cukup suka bersiar3 atas jln raya. da la lawan arus kereta. aku macam nk tembak peluk. tp nina mcm batak. seronok gile hahah!! empat. mia buat kelakar pulak masa chat tadi. aku: mia tgh chat dengan maklang ke? mia: maklang mana? aku: maklang ton la, sengal! mia: x, tgh chat dengan siti zawiyah abd rahman. aku: siti zawiyah tu la maklang!! arghh!!! mia: ooo.. mana la mia tau. mia main chat je.. ohh mia sengal berganda! lima. pengumuman awal, jubah dari syria. sape ...

DEMI CINTA SUCI

.seketul aku. .dressing macam princess, kerja bagai sahaya. Hi. Ada yang rindu aku ke. Aku baru habis kenduri kahwin adik ipar. Adik suami aku. Depa tak suka aku pun. Ada yang layan macam musuh ketat. Tapi aku sinsing lengan tolong juga sebab nak jaga hati parents in law. Parents in law baik je so takkanlah aku nak bersikap laknat terhadap depa kan. 😎 - Yang layan keluarga sendiri macam musuh ni kau ingat hidup dia aman ke sehari hari? Huru hara sebab sakitkan hati mak dia sendiri tengok anak menantu bermusuh. Aku tau la sebab tu aku tak buat gitu dekat adik ipar yang masuk family aku. - Lagipun, hell no janganlah sangka dia hidup tenang sampai akhir zaman. Sampai masa nanti dia akan kahwin masuk family orang lain. Masatu merangkaklah engkau nak belajar bagaimana nak turun ego depan keluarga suami. - Kalau dia tak kahwin sampai bebila camna? Ha maka begitulah kesudahan hidup orang sombong. Siapa nak? Wah iklan. - Apa kena mengena dengan tajuk? Kena mengena la ...