Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

hati krisis

Bangun awal, senyum-senyum-nangis. Gila sudah dia ni. Setiap hari rindukan mereka. Tsk. Nah biar gambar menceritakan betapa dia tu rindu. Dia tu yang rindu, aku cuma tlg post je. 1. Charp, Zy, Ain Nampaknya lepas nie dia pegi exam ambil gambar dengan meja-kerusi-dewan-slip exam je la. Tsk.  ...Pergi jalan3 pun sorang3 je. 2. Amel, Rozy  (sekarang dah menjadi Ana) Tak seronok laa dia kena pergi kelas sorang3 tak boleh main ambil3 gambar.   3. Adik3 dia. Hajar, temankan stay up study kt McD bila esok dia ada exam tapi nak tengok bola jugak. ...And ofcourse la budak3 bertuah yang dia sayang amat kat rumah tu. Huwaaaa!!!! Salman dah makin busy kerja, sekarang dah pandai takcontact dia. Nanti nak pergi Mesir pulak. Nina dah nak pergi Mesir hujung tahun nie sambung belajar tinggalkan dia. Dila asyik busy pergi program sana sini dah nak habis coti sekolah nanti dah nak balik asrama.  Amin bulan 1 masuk asrama, jadi bud...

Dunia Penipu

Kalau kau harapkan yang INDAH3 belaka dikalangan hubungan kekeluargaan/kawan3/kejiranan/kekelasan/kelecture-an yang datang dari dunia, sedarlah kau harapan itu xkan kau capai. Seriously. Finding Heaven in a World is what people say "too good to be true". Tsk. Ye, aku tau kalau dunia berpegang pada Alquran & Assunnah, pasti dunia ini sangat indah. Tapi kerana dunia indah adalah sangat mustahillah, wujudnya syurga yang kau sendiri tahu indahnya diluar batas pemikiran. Indah susunan tuhan, kan? :) .dunia aku untuk 2minggu ini.grrr. p/s: Ini post sempena hari xtidur sekelas beramai buat assignment & final project. Ayark!

sahabat dari syurga

Bismillah.. FUHHHHHHH! *tiup debu. Lama tak update blog. Nampak sgt bz lahh konon kan. ;P Semalam usrah, (yang agak lama jugak tak pergi) Bukan saja3 taknak pergi tapi memang orang katakan dugaan orang mukmin. Aku currently sedang bz menyiapkan assignments dan projects yang tak kurang menduga jugak. Semua pun nak menduga. tsk. Sesuatu yang aku perasan sepanjang dilanda duga nie adalah, aku tak putus3 mendapat sokongan moral dan takmoral kata3 semangat. Walaupun terus terang aku memang yang takbanyak kawan tu, tapi setakat semua kawan3 yang aku ada sekarang majoritinya menyokong aku dari belakangdepankirikanan. Terimakasih sangat. Inikah namanya sahabat dari syurga? Bagi aku walaupun syurga bukan aku yang tentukan, tapi untuk sahabat3 moral aku ini aku doakan syurga buat mereka. Lagi satu, sekarang aku macam dikelilingi sahabat3 yang aku xtau entah datang dari mana akal mereka yang xsabar nak kawin sampai berani3 nak try sebat laki orang. (sebat maksud aku mestilah...