Minggu Exam. Aku masih ada masa lari-lari balik rumah *well anak mithali lahh katakan. Sekarang semua adik dah ketempat belajar masing-masing. (ayat skema jaga hati) Mia baru masuk darjah 5. Mia yang last. Tinggal Mia je yang masih belum keluar dari kepompom penjagaan Ummi Ayah. Disebabkan itu, aku mesti selalu balik rumah rajin-rajin. Mana boleh biar Mia manja sorang! Ok dah, cukup pasal Mia. Ini aku nak cerita pasal Pergaduhan Perempuan. Sila ambil serius. Malam kelmarin aku stay kat rumah, dengan niat nak bermanja meramaikan ahli rumah. Jadi kerana rasa lapar mendatang diwaktu malam, aku ajak Mia keluar pergi belibelah cari sesuap nasi makanan. Selesai beli makanan, aku ke 7e terdekat dengan untuk kedamaian perut esok pagi (breakfast). Masuk je dalam premis tu, aku rasa ada panas berhabang sikit dalam tu. Orang beratur panjang nak bayar kat kaunter. Tapi aku tenang je pergi amek roti dengan tuna spicy kesayangan feveret. Sampai turn aku beratur...